Saturday 26 January 2013

Kisah : Aku

Izhan, Mama & Hanis - gambar kenangan di Taman Botani, Melaka

Izyani Sanbaseri adalah nama yang di beri oleh mak & abah 30 tahun yg lalu.. aku senang di panggil Yan.. Lebih mudah & ringkas.. Sebenarnya ada kisah di sebalik nama panggilan tu.. Masa kecik2 dulu orng panggil aku Nani, kalau balik kampung semua orang kampung panggil aku NANI.. Sampai sekarang orang kampung & saudara-mara panggil aku NANI.. Kalau kawan-kawan sekolah baca statement ni mesti diaorang gelak... Kat sekolah kawan-kawan panggil aku YANI, tapi nak di jadikan cerita.. Pada suatu hari salah seorang dari rakan sekelas aku kata nama YANI tak sesuai dengan aku sebab perangai  aku agak kasar & sedikit tomboy .. maklumlah aku ni anak perempuan tunggal dalan keluarga.. aku banyak menghabiskan masa & bermain dengan abang aku, itu yang perangai kasar sket tu.. Jadi member aku tu kata nama YAN lebih sesuai dengan penampilan dan gaya aku.. Jadi, sejak dari hari itu nama panggilan aku ialah YAN.. Aku pun rasa nama tu lebih sesuai sebab nama tu menjadikan aku seorang yang lebih tabah... ceh! ye ye je aku ni.. So korang semua boleh panggil aku YAN.. (^_^)

Aku adalah seorang Ibu kepada 2 cahaya mata.. Mohamad Izhan Zuhairi & Hanis Nurizreena itulah nama cahaya mata yang amat aku kasihi.. walaupun kadang-kadang perangai diaorang ni menguji kesabaran, aku tetap beruasaha untuk menjadi ibu yang sempurna di mata mereka.. Aku bekerja sebagai Ophthalmic Assistant @ Nurse bahagian Mata, tapi jawatan itu aku pegang hingga hujung bulan ni sahaja.. bukan aku di pecat @ jawatan aku di rampas oleh sesiapa.. cuma aku melakukan sedikit perubahan dalam hidup ni.. dah hampir 10 tahun aku bertugas sebagai Ophthalmic Assistant,**kerja yang amat, sangat aku suka** tapi mulai bulan Februari aku akan bergelar Teacher Yan, bukan Nurse Yan lagi... Doakan supaya kerjaya baru ini dapat aku lakukan dengan jayanya.. (^_^)

No comments:

Post a Comment