Monday 18 February 2013

Kisah : Pertukaran Sekolah Rendah

Salam kawan-kawan semua.. Terima kasih sbb sudi menjengah Blog ni.. (^_^)..

Hari ni aku nak kongsikan apa yang patut korang lakukan sekiranya nak buat pertukaran sekolah untuk anak  korang.. untuk sekolah rendah lah.. walaupun anak korang untuk Tahun 1 next year ye.. sekolah menengah belum ada pengalaman lagi so tak boleh nak kongsikan ngan korang semua.. (^_^)

Inilah bakal sekolah Izhan & Hanis

  • Kalau dah buat pendaftaran melalui online sebelum ni, korang kena pergi balik ke sekolah yang korang pilih hari tu untuk PEMBATALAN pendaftaran, sila bawa bersama : 
        1. Sijil Lahir / Birth Cert ORIGINAL sbb pihak bekolah perlu Cop Batal kat belakang  Sijil Lahir / Birth Cert ORIGINAL tu.. 
        2. Bawa maklumat atau bukti yang anda ada buat pendaftaran online sebelum ni. (Check kat Website Jabatan Pelajaran Daerah)
        3. Dapatkan maklumat sekolah baru yang anda nak daftarkan (Nama sekolah, Daerah/Mukim, Kod Sekolah & anggaran jarak sekolah tu dari rumah anda)
        4. Sediakan alamat lengkap rumah baru anda
        5. Sediakan Bil Elektrik & Bil Air (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)

  • Melalui pengalaman aku, sekolah tu buatkan pembatalan melalui Online.. kiranya senanglah kerja aku.. so better korang pastikan dulu ngan pihak sekolah ye..samada diaorang dah buat pembatalan secara Online atau tidak.. kalau tak lain lah caranya.. yang tu kena tanya ngan pihak Jabatan Pelajaran Daerah lah ye..

  • Pihak Sekolah (yang di batalkan) akan bg satu borang yang di printkan dari Jabatan Pelajaran Daerah (Bukti Pembatalan), ambil borang tu dan bawa ke Sekolah Baru yang korang pilih, sila bawa bersama:
        1. Sijil Lahir / Birth Cert yang ORIGINAL ( Pastikan Pihak Sekolah yg tak jadi tu dah COP Batal kat belakang ye!)
        2. 2 Salinan Sijil Lahir
        3. 2 Salinan kad pengenalan Ibubapa/Penjaga
        4. 2 Salinan Sijil Nikah
        5. 2 Salinan Surat hak jaga anak (jika kes cerai)
        6. 2 Salinan Surat anak angkat (jika anak angkat)
        7. Bil air/letrik/cukai pintu (bukti alamat terkini)
        8. 4 keping gambar ukuran Passport
        9. 2 sampul surat panjang beralamat sendiri & berstem 80sen setiap satu


  • Kemudian tunggu surat dari pihak Sekolah (yang baru) untuk keputusan penempatan atau boleh check online di laman web Jabatan Pelajaran Daerah masing-masing.
          • Tarikh Penempatan : 1 Julai 2013-31 Julai 2013
          • Tarikh Pengesahan : 1 Ogos 2013-30 Ogos 2013

Harap semua maklumat ini dapat membantu korang semua ye!.. Good Luck ye kawan-kawan!..

**untuk pendaftaran Tahun 1, mesti di buat masa umur diaorg 5 tahun tau iaitu 2 tahun sebelum diaorg memulakan persekolahan, check ngan pihak sekolah bila boleh start daftar Online**

No comments:

Post a Comment