Wednesday 6 March 2013

Kisah : Kami ke Petrosains

Salam untuk semua..

Hari ni aku nak cerita kisah pengembaraan kami sekeluarga ke Petrosains..Pada hari Ahad yang lepas, kami sekeluarga pergi ke KLCC menaiki LRT.. sebenarnya tak de rancangan pun nak ke Petrosains.. sesampai jer kat KLCC kitaorg terus mengisi perut di KFC, lepas kekenyangan ingat nak terus balik rumah.. tetiba En. Hubby ajak ke Petrosains, so kitaorg ikut jelah.. lagi pun kami sekeluarga memang tak pernah ke Petrosains, inilah pertama kali masuk ke Petrosains.. kebetulan tak berapa ramai pengunjung pada hari tu.. Okay jugaklah permainan & information yang ada kat situ.. bebudak ni memang seronok sebab mcm2 benda diaorg dapat main dan dapat tengok.. Kiranya Petrosains ni lebih sesuai untuk kanak-kanak & budak-budak sekolah.. untuk orang dewasa mcm kita pun okay jugak.. yelah dapat refresh semula apa yang kita pernah belajar dulu semasa di sekolah.. (^_^)

Kat bawah aku upload kan gambar kenangan semasa kami berada di Petrosains...

Izhan sedang mencuba salah satu permainan yang di pamerkan




Papa di Dinosaur World

Hanis agak takut dengan Dinosaur yang pandai menyanyi

Apa agaknya yang sedang Hanis cuba lakukan??..

Tengok apa tu Hanis??.. Faham ke??..

Izhan & Hanis sedang asyik melihat sesuatu di skrin
Papa sedang mengajar Izhan cara mengendali kapal korek
Izhan sedang memberi tunjuk ajar kepada Hanis bagaimana  nak mengendali sebuah kapal korek

Percubaan masa untuk menjadi pelumba F1

Agaknya kemana pulak kami sekeluarga semasa cuti sekolah yang akan datang ye??.. hmmmm... let me think first.. later I'll update to all of you!.. (^_^)

No comments:

Post a Comment