Sunday 24 February 2013

Kisah : Aku Masak-masak Bersama Mak Part 3


Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pembaca blog My Story : Aku, Dia & Kamu... 
Terima Kasih sebab sudi mengikuti blog yang tak seberapa ni.. (^_^)

Kisah hari ini : Aku Masak-masak Bersama Mak Part 3
Venue : Rumahku Syurgaku, Setia Indah 12, Setia Alam, Shah Alam, Selangor.
Tarikh : 23hb Febuari 2013 ( Sabtu )
Masa : Pukul 11.30pagi - 1.30petang
Tajaan : Tuan Yazid & Kak Sabreena ~Thank You!! (^_^)

Hari ni aku nak kongsikan pulak masakan yang aku buat bersama Mak Bedah ( Mak akulah tu, itu nama glemer.. haahaha..) Kebiasaannya Mak Bedah lah yang jadi Ketua Chef kat dapur tu.. aku & Kak Sabreena cuma Kitchen Asisstant yang sedia berkhidmat.. hehehehe... Setakat kopek bawang, potong sayur, tumbuk bahan, kacau goreng bolehlah.. bahagian garam, gula, ajinomoto kena serahkan kat Ketua Chef Mak Bedah sebab Mak Bedah yang paling master kat dapur tu..  Banyak jugaklah yang kitaorg masak, antara menunya ialah : Chili Crab, Udang Masak Lemak Tempoyak bersama Petai, Sayur Campur, Ikan Gerut2 Bakar, & Tempe Goreng.. amacam mengancam tak bunyinye.. hehehehe.. hari ni aku kongsikan 2 masakan dulu ye, yang selebihnye akan aku update kemudian.. korang boleh lah amik resepi kat bawah ni.. 




Resepi Chili Crab

Bahan A
7 ekor ketam bunga (yang bewarna biru. ye..)
Sedikit air

Bahan B (di kisar)
cili kering (ikut suka, kalau nak pedas letak banyak kalau tak suka pedas letak sikit)
1 biji bawang besar 
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1inchi halia
Minyak untuk menumis

Bahan C (di ketuk)
1tangkai serai

Bahan D (secukup rasa)
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Ajinomoto
Garam
Gula

Cara- cara :

1. Rebus ketam (Bahan A) dengan sedikit air, sbb ketam akan mengeluarkan air semasa proses merebus

2. Panaskan minyak dan tumis bahan B & C hingga naik bau (wangi) Masukan bahan D. Masak hingga pecah minyak. Kemudian  masukan ketam yg telah di rebus tadi dan kacau rata.

**..kalau nak cepat masak, cili kering tadi boleh di rebus dulu sebelum di kisar.. so tak payah nak kacau lama sangat masa menumis cili tu.. dan tak takut tetiba sakit perut sebab makan cili kering yang mentah..**

Selamat Mencuba ye semua.. (^_^)



Resepi Ikan Gerut-gerut Bakar

Bahan A
Seekor ikan gerut-gerut bersaiz agak besar (untuk 5-6 orang makan)
Sedikit Kunyit & Garam

Bahan B (di tumbuk-guna lesung ye..)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
7 biji cili padi
Garam, Gula & Ajinomoto Secukup rasa
  • Aluminium Foil - untuk bungkus ikan
  • Pemanggang elektrik



Cara-cara :

1. Bersihkan ikan dan belah bahagian atas, lumurkan kunyit dan garam secukup rasa

2. Masukkan bahan yang telah di tumbuk ke bahagian yang telah di belah, kalau ada lebih boleh masukkan kat bahagian kepala & perut ikan.

3. Bungkuskan ikan dengan aluminium foil dan panggang ikan selama 20 minit  dan terbalikkan.. kemudian terbalikkan sekali lagi selepas 20 minit.. biarkan ikan di atas pemanggang seketika.. lebih kurang 15 - 20 minit kemudian ikan siap untuk di hidang..

Selamat Mencuba!!.. (^_^)










Wednesday 20 February 2013

Kisah : Aku Masak-masak Part 1


~Assalamualaikum dan Salam Sejahtera~
Terima kasih sebab sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog ni.. (^_^)
Hari ni aku nak kongsi resepi masakan yang aku buat petang semalam.. 






Biskut Coklat Cip Berbadam Ikhlas Dari Hati
(Panjang betul nama resepi nih.. korang boleh ingat ke???...)



Bahan-bahan yang di perlukan :

250g mentega/butter -Aku guna brand Buttercup (^_^) , tak mahal sgt & tak murah sgt.. Pastikan butter ni lembut ye.. nanti susah nak putarkan kalau tak lembut..

110g gula perang -yang ni aku guna timbang, so tak tau nak bg anggaran.. sorry!..

150g gula halus   -yang ni pun aku guna timbang..

1 sudu teh / tea spoon esen vanila - aku letak lebih kurang satu penutup

2 biji telur - pastikan suhu bilik, bukan dr peti ais ye..

280g tepung naik sendiri - aku guna brand Blue Key.. yang ni pun aku guna timbang..

3/4 cwn serbuk koko

1/2 sudu teh / tea spoon garam

1/2 cwn coklat cip

1/2 cwn almond nip (boleh juga tukarkan dengan kekacang lain)



Cara-caranya :


1) Panaskan oven anda.. Suhu : 160 c

2) Dalam mangkuk, satukan mentega, gula perang dan gula halus. Pukul 3 bahan ni (guna mixer ye.. kalau guna tangan mau bengkak tangan tu nanti.. hehehehhe...) hingga jadi putih - kembang & sebati. 


3) Pecahkan telur dan masukkan dlm adunan sebiji demi sebiji, pukul sebentar kemudian tambahkan esen vanilla. Pukul lagi hingga betul2 sebati.

4) Dalam satu mangkuk yang lain, campurkan bahan2 kering - tepung, serbuk koko, badam, garam, coklat cip dan almond nip. Pastikan di gaul rata dan masukkan dalam adunan yg dipukul tadi sedikit demi sedikit..  (kenapa sikit2???.. sbb nak elakkan semua bahan ni berterbangan ke merata tempat.. nanti korang jugak yang penat nak mengelap satu dapur..) (^_^)

5) Alas loyang dengan kertas minyak (kalau tak de guna aluminium foil pon ok jugak..) Sudukan adunan atas loyang & penyekkan sikit supaya biskut lebih nipis & rangup.. Jangan letak meninggi kerana bahagian tengah biskut takkan masak dengan sempurna ok!.. Jarakkan antara adunan sebab biskut akan mengembang semasa proses membakar.

6) Bakar 15 - 20 minit hingga perang atau hingga masak.


7) Selepas biskut masak, jangan terus simpan dalam bekas.. sejukkan dulu ye.. sambil2 tu bolehlah mengunyah satu @ dua.. nak lebih pon tak pe.. sbb boleh dapat banyak biskut dalam satu adunan ni.. (^_^)


Selamat Mencuba ye kawan2.. 

Kepada sesiapa yang tak berkesempatan nak buat atau terlalu sibuk ngan 
urusan kerja & rumah tangga tapi teringin nak rasa biskut nih.. 
jangan risau, saya boleh tolong buatkan.. 
(^_^).. Kalau nak order bgtau saya ye!!..

Monday 18 February 2013

Kisah : Pertukaran Sekolah Rendah

Salam kawan-kawan semua.. Terima kasih sbb sudi menjengah Blog ni.. (^_^)..

Hari ni aku nak kongsikan apa yang patut korang lakukan sekiranya nak buat pertukaran sekolah untuk anak  korang.. untuk sekolah rendah lah.. walaupun anak korang untuk Tahun 1 next year ye.. sekolah menengah belum ada pengalaman lagi so tak boleh nak kongsikan ngan korang semua.. (^_^)

Inilah bakal sekolah Izhan & Hanis

  • Kalau dah buat pendaftaran melalui online sebelum ni, korang kena pergi balik ke sekolah yang korang pilih hari tu untuk PEMBATALAN pendaftaran, sila bawa bersama : 
        1. Sijil Lahir / Birth Cert ORIGINAL sbb pihak bekolah perlu Cop Batal kat belakang  Sijil Lahir / Birth Cert ORIGINAL tu.. 
        2. Bawa maklumat atau bukti yang anda ada buat pendaftaran online sebelum ni. (Check kat Website Jabatan Pelajaran Daerah)
        3. Dapatkan maklumat sekolah baru yang anda nak daftarkan (Nama sekolah, Daerah/Mukim, Kod Sekolah & anggaran jarak sekolah tu dari rumah anda)
        4. Sediakan alamat lengkap rumah baru anda
        5. Sediakan Bil Elektrik & Bil Air (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)

  • Melalui pengalaman aku, sekolah tu buatkan pembatalan melalui Online.. kiranya senanglah kerja aku.. so better korang pastikan dulu ngan pihak sekolah ye..samada diaorang dah buat pembatalan secara Online atau tidak.. kalau tak lain lah caranya.. yang tu kena tanya ngan pihak Jabatan Pelajaran Daerah lah ye..

  • Pihak Sekolah (yang di batalkan) akan bg satu borang yang di printkan dari Jabatan Pelajaran Daerah (Bukti Pembatalan), ambil borang tu dan bawa ke Sekolah Baru yang korang pilih, sila bawa bersama:
        1. Sijil Lahir / Birth Cert yang ORIGINAL ( Pastikan Pihak Sekolah yg tak jadi tu dah COP Batal kat belakang ye!)
        2. 2 Salinan Sijil Lahir
        3. 2 Salinan kad pengenalan Ibubapa/Penjaga
        4. 2 Salinan Sijil Nikah
        5. 2 Salinan Surat hak jaga anak (jika kes cerai)
        6. 2 Salinan Surat anak angkat (jika anak angkat)
        7. Bil air/letrik/cukai pintu (bukti alamat terkini)
        8. 4 keping gambar ukuran Passport
        9. 2 sampul surat panjang beralamat sendiri & berstem 80sen setiap satu


  • Kemudian tunggu surat dari pihak Sekolah (yang baru) untuk keputusan penempatan atau boleh check online di laman web Jabatan Pelajaran Daerah masing-masing.
          • Tarikh Penempatan : 1 Julai 2013-31 Julai 2013
          • Tarikh Pengesahan : 1 Ogos 2013-30 Ogos 2013

Harap semua maklumat ini dapat membantu korang semua ye!.. Good Luck ye kawan-kawan!..

**untuk pendaftaran Tahun 1, mesti di buat masa umur diaorg 5 tahun tau iaitu 2 tahun sebelum diaorg memulakan persekolahan, check ngan pihak sekolah bila boleh start daftar Online**

Thursday 14 February 2013

Kisah : Aku Buat Breakfast Part3

Salam untuk semua!..

Nak kongsi satu lagi resepi yang sesuai untuk di makan waktu sarapan..



Resepi : Pancakes Kegemaranku  

Bahan-bahan  :
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil garam 
  • 2 sudu besar gula 
  • 2 cawan susu segar kalau nak tukar kepada susu cair pon bleh juga tapi guna secawan jer.. yang secawan lagi tu gantikan kepada air, air paip jer jgn guna air panas pulak..(masukkan sedikit demi sedikit sampai habis) 
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu teh esen vanilla 
  • 4 sudu besar minyak jagung ( boleh guna minyak zaitun/minyak bunga matahari/minyak masak/ butter yang di cairkan)

Cara membuatnya :
  1. Masukkan tepung, minyak jagung, gula, garam dan telur dan susu ke dalam sebuah bekas. Gaulkan sehingga sebati. Tidak perlu guna ‘mixer’, cuma guna senduk. 
  2. Masukkan esen vanilla. Gaulkan lagi. 
  3. Panaskan kuali jenis leper (Frying pan- size yang kecil) dalam 2-3 minit tetapi TIDAK PERLU letak minyak langsung. 
  4. Gunakan senduk untuk tuangkan adunan kedalam frying pan. (Jangan tuang semua, satu senduk cukup kalau senduk tu kecil letak 2 senduklah.. ikut sesuka hati anda ye!..) dan buat bentuk bulat kalau tak de Frying pan yang bersaiz kecil. Saiz bulatan bolehlah mengikut kesukaan anda. Setelah beberapa minit terbalikkan pancakes dan tunggu beberapa minit lg sebelum angkat.. Hingga menjadi warna coklat di kedua-dua bahagian..
  5. Ulang cara 4 untuk membuat pancakes lain sampailah adunan habis. Pancakes sangat sedap sekiranya disapu dengan maple syrup (agak mahal harganya, so I choose Madu / Honey) dan butter (guna butter yg dalam packaging kecik-kecik tu.. lagi sedap!)

Selamat Mencuba ye kawan-kawan.. Rasa sekali pasti nak lagi untuk mereka yang suka makan Pancakes lah.. kalau orang yang tak gemar pancakes boleh cuba buat lempeng.. lain kali saya bagi resepi lempeng plak ye.. tuuuunnnngggggggguuuuuu!!!!...... (^_^)

Kisah : Aku Buat Breakfast Part 2

Assalamualaikum WBT & Salam sejahtera..

Hari ni aku nak kongsi satu resepi mudah untuk korang2 semua.. 

Resepi hari ini : Cheesy Sausage Puff


Bahan-bahan :

Roti Pratha segera Brand Kawan (potong kepada 2 bahagian)
Sausage  (potong kepada 2 bahagian)
Sekeping cheese (potong kepada 4 bahagian)
Kuning Telur
Minyak Zaitun/ Minyak masak


Kalau nak tukar inti sardine @ mackerel pun boleh juga!..  

Bahan2 -  Sardine / Mackerel, bawang besar & cili padi


Cara-cara :

Potong sausage + cheese dan letak atas roti pratha.. 
separuh dr roti pratha sahaja ye.. macam dalam gambar kat atas (^_^)

kemudian lipatkan bahagian yang tak de sausage

Kelimkan hujung puff dgn menggunakan garfu yang di letak sedikit dengan minyak
Sapu sedikit kuning telur
Guntingkan bahagian atas puff, jgn lupa letakkan sedikit minyak zaitun/ 
minyak masak/ merjerin di atas aluminium.. 
kemudian bakar puff dengan suhu 190 darjah Celsius selama 20 minit



Siap.. sedia untuk di hidang.. sesuai untuk breakfast & tea time..


Selamat Mencuba kawan-kawan!!.. (^_^)

Thursday 7 February 2013

Kisah : Aku dan Kasut Red Wing

Salam to all.. Selamat menyambut Tahun Baru China 2013 kepada semua rakyat Malaysia!.. Semoga Tahun Ular ini memberi kegembiraan kepada semua kaum Cina di luar sana.. Kepada rakan2 di ISEC, selamat berPUBLIC HOLIDAY!.. Korang semua kena simpan tenaga.. Maklumlah lepas naik cuti nanti mesti suasana di ISEC amat sangat meriah, macam ada Open House.. yelah mana taknya, semua Dr dah start bercuti sekarang nih, semua appointment patient dah di post-pone ke minggu depan..  mesti patient dah tak sabar nak datang lepas habis cuti CNY nanti.. Semoga korang tabah menghadapi dugaan ini!.. (^_^) chaiyok! chaiyok!.. berusahalah!..

Sekarang.. setelah tidak lagi bergelar Ophthalmic Assistant, aku adalah bantu sikit2 En Husband buat bisnes jual Kasut Red Wing.. kalau korang tgk kat FB aku adalah iklannya merata2.. rasa naik menyampah pon ada.. hehehehe... nasib koranglah.. (^_^) kepada sesiapa yang berminat boleh jenguk2 kat FB Kasut Kepak Merah.. kalau ada stok baru yg sampai aku akan update kat situ.. sesiapa yang berminat boleh jenguk2 ye.. (^_^)


Ini adalah  antara kasut yang available.. Interested?.. Please SMS Bobhanafi @ 0132792749

Model : 9013
Size : 41 Euro
Color : Lt Brown (as written on the box)
Price : RM350 excluded postage

Model : 3140
Size : 42
Color : Lt Brown (as written on the box)
Price : RM290 excluded postage



Model : 3186
Size : 43
Color : Lt Coffee (as written on the box)
Price : RM290 excluded postage