Sunday 27 January 2013

Kisah : Aku Masak-masak Bersama Mak

Puding Kastard Buah Longan
Hari Khamis yang lepas, aku & mak buat Puding Kastard Buah Longan.. hmmmm.. boleh tahan jugak sedapnye.. sesuai untuk semua golongan, kanak2, org dewasa malah warga emas.. tapi kalau sesia pa yang ada Diabetes.. memanglah tak boleh makan.. sorry ye.. bahaya untuk kesihatan anda.. Jadi kepada yang nak mencuba boleh lah ambik resepi kat bawah ni.. Selamat Mencuba!


RESEPI PUDING KASTARD BUAH LONGAN

Bahan-bahan :

1 kek gulung ( Perisa ikut suka, kami guna perasa kopi)
1 kotak jeli plain (tiada perasa)
300gm tepung kastard
1 liter susu fresh/rendah lemak
3/4 cawan gula castor
100ml whipping cream
2 sudu besar gula icing
1 tin Buah Longan (Jangan buang airnya, guna untuk masak jeli)
Sedikit Buah Anggur (untuk hiasan)

Cara-cara:
Untuk jeli:
  1. Masak jeli mengikut arahan pada kotak.Gunakan air buah longan tadi. 
  2. Ketepikan.

Untuk kastard:
  1. Campurkan tepung kastard, susu dan gula castor. Kacau hingga sebati.
  2. Masak dengan api sederhana hingga pekat dan hendaklah sentiasa mengacau supaya tidak hangus.
  3. Biarkan sejuk sedikit.
  4. Pukul whipping cream dan gula icing hingga gebu dan pekat.
  5. Masukkan setengah dari adunan whipping cream ke dalam adunan kastard dan gaul dengan whisk hingga sebati.
  6. Setengah adunan whipping cream tadi disimpan di dalam peti ais sebagai hiasan di atas puding sebelum menghidang.

Cara menghidang :
  1. Potong dadu buah longan. 
  2. Susun kek gulung yang dah di potong ke dalam gelas atau bekas yg disukai. Mampatkan sikit.
  3. Masukkan adunan kastard.
  4. Masukkan ke dalam peti ais supaya bahagian atasnya mengeras sedikit.
  5. Kemudiaan keluarkan dan taburkan potongan buah longan
  6. Masukkan adunan jeli menutupi paras buah.
  7. Sejukkan seketika dalam peti ais kembali supaya jeli membeku.
  8. Bila nak menghidang, bolehlah diletakkan lebihan whipping cream yg dah dipukul tadi & hiaskan dengan buah anggur.

Terima Kasih! Sila Datang Lagi!

No comments:

Post a Comment