Friday 31 May 2013

Kisah : Kami ke Negeri Sembilan!..


Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari Isnin, 27hb Mei , Kami sekeluarga pergi menghantar Pak Usu @ Faris ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.. sungguh mencabar perjalanan kami.. Kami bertolak pada hari Ahad sebab takut terlewat untuk pendaftran pada hari hari Isnin pagi, so tidurlah satu malam di Hotel Sri Senawang. ( Budjet hotel jer..) Jalan agak jammed sebab cuti sekolah agaknya.. ada yang pergi bercuti dan ada yang nak pulang ke rumah selepas menghantar anak ke kampung.. 

Kami sampai agak awal, so En. Husband ajak ke Wet World, ada kolam air panas katanya.. ok jugaklah tempat tu, tiket & souvenir memang murah.. berbalo-baloi bak kata orang.. anak2 memang seronok.. diaorg tak kisah, asal ada tempat berendam dah cukup hebat bg mereka.. (^_^)

Pada hari Isnin, kami bertolak tepat jam 8pagi dengan harapan dapat sampai ke destinasi sebelum masa pendaftaran.. OMG.. jalan jammed teruk!!.. sepatutnya hanya ambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai, tapi kami lewat 1 jam dari yang sepatutnya.. kami hanya boleh drop by saja sebab dah tak de parking kat area Kolej Matrikulasi.. Ingat nak bawak anak jalan2 tengok kawasan Kolej, tapi HAMPA!.. jadi En. Husband dgn bangganya mengajak kami jalan2 ke Muzium Istana Sri Menanti.. Terubatlah hati kami yang luka ni!.. Itulah untungnya dapat husband yang bijak & bistari.. sentiasa ada backup plan! (^_^)



Dalam jam 5 petang kami berangkat pulang ke Setia Alam, Shah Alam.. Semasa perjalan pulang kami singgah membeli Itik Salai yang terkenal di Negeri Sembilan.. ( Sedap sangat! Mak masak Lemak Cili Api, memang terangkat!..)  Begitulah kisah perjalanan kami ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.. Ada yang menyeronokkan & ada jugak yang menghampakan.. tapi tak pe, lain kali pergi sana beli Itik Salai lagi.. pengubat hati yang luka!.. (^_^)

Kisah : Kami menonton Wayang

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Hari ni aku nak kongsikan pengalaman kami sekeluarga pergi menonton wayang di GSC Setia City Mall.. kitaorg ke sana sebab itulah mall yang terdekat dgn umah.. dah lama dah Izhan ajak tengok citer Iron Man 3 (memang best citer ni.. tak rugi tengok), tp memandangkan mulut Izhan yang susah nak di kawal so aku decide nak pergi a few weeks lepas citer tu keluar dgn harapan dah tak de org nk tgk citer tu lagi.. tapi sangkaan aku meleset.. punyelah PENUH theatre semalam.. seat yg kitorg dpt second line dr depan.. masa beli tiket terfikir jugak, mesti sakit tengkuk ni.. tp, tak jugak.. kira ok jugaklah.. tak de sakit tengkuk pon.. tak percaya? cube try test!.. (^_^)

Actually ini baru kali kedua kitaorg pergi tgk wayang.. masa first time pergi kitaorg tgk citer The Avengers.. masa tu memang kecoh betul si abang Izhan.. maklumlah first time.. si adik Hanis tertidur dalam panggung, yelah tempat sejuk dan gelap memang syok kalau dapat tidur.. semalam Izhan ok sket, tak delah sekecoh dulu.. Hanis pulak asyik complain kenapa volume kuat sgt, sakit telinga katanya.. macam2lah Hanis ni..mgkin kalau pergi sekali lagi Izhan & Hanis akan lebih tenang & menghayati citer yg di tonton... but, aku tau Izhan & Hanis sangat gembira dapat makan popcorn sambil menonton wayang.. (^_^)


Mula2 dulu risau jugak nak bawak diaorg tgk wayang sbb takut diaorg akan buat perangai.. tp diaorg behave jer cume kadang2 terlebih excited.. apa kata korang2 semua cube bwk anak2 pergi tgk wayang.. seronok kalau dapat spend time dgn anak2 yang sedang membesar ni, tp kena pandai control situation sbb diaorg akan ajukan pelbagai soalan semasa menonton wayang.. bersabarlah ye!.. ataupun bg jer diaorg mkn popcorn, kurang sket kecohnya.. (^_^)

Selamat Mencuba! Bergembiralah bersama keluarga!

Wednesday 29 May 2013

Kisah : Aku Buat Marble Cheese Cake!

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Hari ni dengan berbesar hati, Aku nak kongsi resepi Marble Cheese Cake yang aku buat petang tadi.. Sebenarnya dah lama tak buat kek ni.. takut & gementar jugaklah nak buatnya tadi.. alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan.. sebab tulah berani nak kongsi kat sini!.. (^_^)

Marble Cheese Cake
Bahan A :

185gram Butter
1/4 cawan Serbuk koko
1/2 cawan Gula kastor
2 biji telur gred A
1 cawan tepung kek naik sendiri

Bahan B :

250gram cream cheese
1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
1/4 fresh milk

Cara-cara :

  1. Cairkan butter dengan api perlahan dan kemudian masukkan serbuk koko. Tutup api dan kacau rata (pastikan serbuk koko tidak berketul-ketul) dan biarkan sejuk.
  2. Masukkan gula kastor ke dalam adunan yg telah sejuk dan pukul menggunakan mixer dgn kelajuan 1, kemudian masukkan telur satu per satu. Selepas bancuhan sekata masukkan tepung kek dan pukul lagi sehingga tepung dan bancuhan tadi rata.
  3. Dalam bekas lain pukul cream cheese, gula kastor & esen vanilla hingga sebati . Kemudian masukkan telur, pukul rata dan masukkan fresh milk.
  4. Panaskan oven (api atas & bawah) pada suhu 160 darjah
  5. Lenserkan loyang dengan butter, kemudian tuangkan adunan A berselang-seli dengan adunan B.
  6. Bakar selama 45 minit atau hingga masak.Cucuk dgn lidi di bahagian tengah untuk pastikan kek betul-betul masak, kalau lidi bersih maknanya dah masaklah tu.

Tips : Pastikan kek betul-betul sejuk baru potong, sebab cream cheese ambil masa untuk sejuk. Kek ni kurang manis, kalau suka manis lebihkan gula ye.. tapi ingat gula tidak baik untuk kesihatan, jadi berpada-padalah ye..

Selamat Mencuba ye kawan-kawan sekelian.. (^_^)

Kisah : Kami ke KL Tower..

Salam to all..

Hari ni nak kongsi cerita tentang kitaorg pergi jalan2 ke KL Tower.. Seingat aku kali pertama & terakhir aku menjejakkan kaki ke KL Tower pada tahun 1996.. Masa tu KL Tower baru jer di buka untuk orang ramai.. Itu pun dapat tiket free di taja oleh Sekolah.. kalau tak, tak delah dapat nak menjejakkan kaki ke KL Tower.. Masa tu kalau tak salah harga tiket cuma RM2 sahaja sebab tak de apa2 facilities lagi kat sana, yang ada cuma McD yang jual ice cream sahaja.. setelah hampir 18 tahun, akhirnya aku menjejakkan kaki di KL Tower sekali lagi.. kali ni bersama keluarga tercinta.. Sebelum ke sana aku dah Google siap2 untuk harga tiket.. Alamak mahalnya!!.. nampaknya tak jadilah nak naik KL Tower.. pi tgk ikan kat Blue Coral jer lah.. itupun beli tiket murah kat GroupOn kot.. hmmmm.. In Sha Allah kalau ada budjet lebih sikit kami akan menawan KL Tower suatu hari nanti.. (^_^)

Tak dapat naik KL Tower, dapat naik kereta kuda pon oklah.. asalkan bebudak ni gembira sudah..

Oklah friends & family, kat bawah ada sekeping dua gambar kenangan kitaorg kat sana.. Enjoy the show!..

















Itu sahaja buat masa ini.. Jumpa lagi di lain hari!..