Friday 31 May 2013

Kisah : Kami ke Negeri Sembilan!..


Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari Isnin, 27hb Mei , Kami sekeluarga pergi menghantar Pak Usu @ Faris ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.. sungguh mencabar perjalanan kami.. Kami bertolak pada hari Ahad sebab takut terlewat untuk pendaftran pada hari hari Isnin pagi, so tidurlah satu malam di Hotel Sri Senawang. ( Budjet hotel jer..) Jalan agak jammed sebab cuti sekolah agaknya.. ada yang pergi bercuti dan ada yang nak pulang ke rumah selepas menghantar anak ke kampung.. 

Kami sampai agak awal, so En. Husband ajak ke Wet World, ada kolam air panas katanya.. ok jugaklah tempat tu, tiket & souvenir memang murah.. berbalo-baloi bak kata orang.. anak2 memang seronok.. diaorg tak kisah, asal ada tempat berendam dah cukup hebat bg mereka.. (^_^)

Pada hari Isnin, kami bertolak tepat jam 8pagi dengan harapan dapat sampai ke destinasi sebelum masa pendaftaran.. OMG.. jalan jammed teruk!!.. sepatutnya hanya ambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai, tapi kami lewat 1 jam dari yang sepatutnya.. kami hanya boleh drop by saja sebab dah tak de parking kat area Kolej Matrikulasi.. Ingat nak bawak anak jalan2 tengok kawasan Kolej, tapi HAMPA!.. jadi En. Husband dgn bangganya mengajak kami jalan2 ke Muzium Istana Sri Menanti.. Terubatlah hati kami yang luka ni!.. Itulah untungnya dapat husband yang bijak & bistari.. sentiasa ada backup plan! (^_^)



Dalam jam 5 petang kami berangkat pulang ke Setia Alam, Shah Alam.. Semasa perjalan pulang kami singgah membeli Itik Salai yang terkenal di Negeri Sembilan.. ( Sedap sangat! Mak masak Lemak Cili Api, memang terangkat!..)  Begitulah kisah perjalanan kami ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.. Ada yang menyeronokkan & ada jugak yang menghampakan.. tapi tak pe, lain kali pergi sana beli Itik Salai lagi.. pengubat hati yang luka!.. (^_^)

Kisah : Kami menonton Wayang

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Hari ni aku nak kongsikan pengalaman kami sekeluarga pergi menonton wayang di GSC Setia City Mall.. kitaorg ke sana sebab itulah mall yang terdekat dgn umah.. dah lama dah Izhan ajak tengok citer Iron Man 3 (memang best citer ni.. tak rugi tengok), tp memandangkan mulut Izhan yang susah nak di kawal so aku decide nak pergi a few weeks lepas citer tu keluar dgn harapan dah tak de org nk tgk citer tu lagi.. tapi sangkaan aku meleset.. punyelah PENUH theatre semalam.. seat yg kitorg dpt second line dr depan.. masa beli tiket terfikir jugak, mesti sakit tengkuk ni.. tp, tak jugak.. kira ok jugaklah.. tak de sakit tengkuk pon.. tak percaya? cube try test!.. (^_^)

Actually ini baru kali kedua kitaorg pergi tgk wayang.. masa first time pergi kitaorg tgk citer The Avengers.. masa tu memang kecoh betul si abang Izhan.. maklumlah first time.. si adik Hanis tertidur dalam panggung, yelah tempat sejuk dan gelap memang syok kalau dapat tidur.. semalam Izhan ok sket, tak delah sekecoh dulu.. Hanis pulak asyik complain kenapa volume kuat sgt, sakit telinga katanya.. macam2lah Hanis ni..mgkin kalau pergi sekali lagi Izhan & Hanis akan lebih tenang & menghayati citer yg di tonton... but, aku tau Izhan & Hanis sangat gembira dapat makan popcorn sambil menonton wayang.. (^_^)


Mula2 dulu risau jugak nak bawak diaorg tgk wayang sbb takut diaorg akan buat perangai.. tp diaorg behave jer cume kadang2 terlebih excited.. apa kata korang2 semua cube bwk anak2 pergi tgk wayang.. seronok kalau dapat spend time dgn anak2 yang sedang membesar ni, tp kena pandai control situation sbb diaorg akan ajukan pelbagai soalan semasa menonton wayang.. bersabarlah ye!.. ataupun bg jer diaorg mkn popcorn, kurang sket kecohnya.. (^_^)

Selamat Mencuba! Bergembiralah bersama keluarga!

Wednesday 29 May 2013

Kisah : Aku Buat Marble Cheese Cake!

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Hari ni dengan berbesar hati, Aku nak kongsi resepi Marble Cheese Cake yang aku buat petang tadi.. Sebenarnya dah lama tak buat kek ni.. takut & gementar jugaklah nak buatnya tadi.. alhamdulillah, hasilnya tidak mengecewakan.. sebab tulah berani nak kongsi kat sini!.. (^_^)

Marble Cheese Cake
Bahan A :

185gram Butter
1/4 cawan Serbuk koko
1/2 cawan Gula kastor
2 biji telur gred A
1 cawan tepung kek naik sendiri

Bahan B :

250gram cream cheese
1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
1/4 fresh milk

Cara-cara :

  1. Cairkan butter dengan api perlahan dan kemudian masukkan serbuk koko. Tutup api dan kacau rata (pastikan serbuk koko tidak berketul-ketul) dan biarkan sejuk.
  2. Masukkan gula kastor ke dalam adunan yg telah sejuk dan pukul menggunakan mixer dgn kelajuan 1, kemudian masukkan telur satu per satu. Selepas bancuhan sekata masukkan tepung kek dan pukul lagi sehingga tepung dan bancuhan tadi rata.
  3. Dalam bekas lain pukul cream cheese, gula kastor & esen vanilla hingga sebati . Kemudian masukkan telur, pukul rata dan masukkan fresh milk.
  4. Panaskan oven (api atas & bawah) pada suhu 160 darjah
  5. Lenserkan loyang dengan butter, kemudian tuangkan adunan A berselang-seli dengan adunan B.
  6. Bakar selama 45 minit atau hingga masak.Cucuk dgn lidi di bahagian tengah untuk pastikan kek betul-betul masak, kalau lidi bersih maknanya dah masaklah tu.

Tips : Pastikan kek betul-betul sejuk baru potong, sebab cream cheese ambil masa untuk sejuk. Kek ni kurang manis, kalau suka manis lebihkan gula ye.. tapi ingat gula tidak baik untuk kesihatan, jadi berpada-padalah ye..

Selamat Mencuba ye kawan-kawan sekelian.. (^_^)

Kisah : Kami ke KL Tower..

Salam to all..

Hari ni nak kongsi cerita tentang kitaorg pergi jalan2 ke KL Tower.. Seingat aku kali pertama & terakhir aku menjejakkan kaki ke KL Tower pada tahun 1996.. Masa tu KL Tower baru jer di buka untuk orang ramai.. Itu pun dapat tiket free di taja oleh Sekolah.. kalau tak, tak delah dapat nak menjejakkan kaki ke KL Tower.. Masa tu kalau tak salah harga tiket cuma RM2 sahaja sebab tak de apa2 facilities lagi kat sana, yang ada cuma McD yang jual ice cream sahaja.. setelah hampir 18 tahun, akhirnya aku menjejakkan kaki di KL Tower sekali lagi.. kali ni bersama keluarga tercinta.. Sebelum ke sana aku dah Google siap2 untuk harga tiket.. Alamak mahalnya!!.. nampaknya tak jadilah nak naik KL Tower.. pi tgk ikan kat Blue Coral jer lah.. itupun beli tiket murah kat GroupOn kot.. hmmmm.. In Sha Allah kalau ada budjet lebih sikit kami akan menawan KL Tower suatu hari nanti.. (^_^)

Tak dapat naik KL Tower, dapat naik kereta kuda pon oklah.. asalkan bebudak ni gembira sudah..

Oklah friends & family, kat bawah ada sekeping dua gambar kenangan kitaorg kat sana.. Enjoy the show!..

















Itu sahaja buat masa ini.. Jumpa lagi di lain hari!..



Wednesday 24 April 2013

Kisah : Kami Jalan-jalan ke mana-mana sahaja..

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada cuti sekolah yang lepas aku & keluarga pergi mencutikan diri ke Morib Gold Coast.. Tempat ni memang sesuai untuk budak2 yang suka berendam.. Aku kalau pergi bercuti memang seboleh-bolehnya nak cari tempat yang ada swimming pool sbb anak2 memang suka yang amat sangat berendam dalam kolam sampai kecut kaki & tangan.. Pakej percutian ni kitaorg beli melalui internet, tak ingat yang mana satu Group On, Living Social atau MyDeal.. ntah.. memang betul2 tak ingat.. korang2 semua boleh try google sendiri ye.. Kalau nak di ikut kan memang berbaloi-baloi kalau korang beli pakej percutian melalui Group On, Living Social atau MyDeal.. percutian yang kitaorg beli ni 2 hari 1 malam termasuk breakfast & theme park entrance.. cuma korang kena pastikan syarat2 yang telah di tetapkan.. kebanyakan percutian ni tak boleh pergi masa cuti sekolah, cuti umum atau pun weekend.. kebetulan percutian yang kitaorg beli ni valid utk cuti sekolah.. itulah rezeki anak2 namanya.. alhamdulillah.. so, korang2 semua sila check betul-betul sebelum membuat pembelian ye.. jadilah pengguna yang bijak ye kawan2!.. (^_^) 

Kat bawah aku attachkan gambar kenangan semasa kami di sana.. 


We're here!


Having Dinner di Restoran Tom Yam..


Ukur ketinggian dulu ye.. kalau lebih tinggi dari dahan kena beli tiket untuk masuk Water Theme Park



Kami dah bersedia untuk berendam!..



Yeay!!.. syioknya dapat berendam dalam kolam nih..



Pandai tak Abang berenang??..


Skill mencangkung dalam kolam dari Adik.. Hebat tak??



Pandangan dari bilik penginapan



Singgah sini sebelum pulang ke Home Sweet Home


Nantikan cerita yang seterusnya.. akan di update kan untuk tatapan korang2 semua.. (^_^)

See you again!.. Please Come Again! Thank You for following me!


Tuesday 23 April 2013

Kisah : Jom Kita Mengundi! X Jangan Tak X

Assalamualaikum
&
Salam Sejahtera

Lamanya aku tak update cerita.. harap-harap ada yang rindu.. hahaha.. Hampir sebulan aku tak update blog.. busy sangat ker??.. ntahlah.. nak kata busy, tak delah sangat.. mungkin sibuk berkempen untuk pilihan raya kot.. tak jugak.. hmmm.. ntah apa yang aku sibukkan sangat sampai tak terupdate blog aku yang satu nih.. Sebenarnya banyak cerita yang aku kongsikan bersama korang2 semua.. sabar ye, kalau ada masa & kesempatan aku akan kongsikan kisah aku bersama korang2 semua ye.. Sabar tu kan separuh dari Iman..
(^_^)

Hmmmm.... seperti yang korang sedia maklum, Pilihan raya pun tinggal berapa hari je lagi.. korang2 semua nih berdaftar ke tidak?.. bg yang dah berumur 21 tahun ke atas eloklah daftarkan diri anda, tapi dah terlambat untuk pilihan raya yang akan dtg.. tunggu pilihan raya yang berikutnya jelah ye untuk korang yang blm berdaftar nak mengundi.. 
(^_^)

Korang2 semua mesti perasan banyak cerita dan artikel yang keluar bercerita tentang Politik negara.. tak kiralah di FB, di TV, di Surat Khabar, tak kurang juga melalui SMS.. tapi ada sesetengah media masa ni NOT FAIR & SQUARE sebab hanya menceritakan kebaikan sebelah pihak sahaja, dan keburukan sebelah pihak lagi.. Jangan lah mengelirukan rakyat, terutama mereka yang berumur sbb diaorg nih mana tau surfing internet.. mereka bulat2 percaya dgn media masa nih.. kebanyakan golongan muda mereka sering membuat kajian & penelitian, so mereka2 yang bijak nih lebih tahu pihak mana yang patut menjadi pemerintah negara.. kepada kita2 semua yang ada kemudahan seperti ini, gunakanlah kelebihan yang kita ada untuk menyedarkan sesetengah pihak yang masih lagi di buai mimpi2 indah dgn janji yang tak sudah2..
(^_^)

oklah lah aku chow chin chow dulu ye.. semoga kata2 aku ni membuka minda sesetengah pihak di luar sana.. Akhir kata, Selamat Mengundi!.. Jumpa lagi di lain masa!.. 
(^_^)



Monday 25 March 2013

Kisah : Kami di Melaka Bersejarah.. again & again & again (^_^)

Assalamualaikum WBT
&
Salam Sejahtera

Kisah : Kami di Melaka Bersejarah
again.. & again.. & again.. (^_^)














Wednesday 6 March 2013

Kisah : Kami ke Petrosains

Salam untuk semua..

Hari ni aku nak cerita kisah pengembaraan kami sekeluarga ke Petrosains..Pada hari Ahad yang lepas, kami sekeluarga pergi ke KLCC menaiki LRT.. sebenarnya tak de rancangan pun nak ke Petrosains.. sesampai jer kat KLCC kitaorg terus mengisi perut di KFC, lepas kekenyangan ingat nak terus balik rumah.. tetiba En. Hubby ajak ke Petrosains, so kitaorg ikut jelah.. lagi pun kami sekeluarga memang tak pernah ke Petrosains, inilah pertama kali masuk ke Petrosains.. kebetulan tak berapa ramai pengunjung pada hari tu.. Okay jugaklah permainan & information yang ada kat situ.. bebudak ni memang seronok sebab mcm2 benda diaorg dapat main dan dapat tengok.. Kiranya Petrosains ni lebih sesuai untuk kanak-kanak & budak-budak sekolah.. untuk orang dewasa mcm kita pun okay jugak.. yelah dapat refresh semula apa yang kita pernah belajar dulu semasa di sekolah.. (^_^)

Kat bawah aku upload kan gambar kenangan semasa kami berada di Petrosains...

Izhan sedang mencuba salah satu permainan yang di pamerkan




Papa di Dinosaur World

Hanis agak takut dengan Dinosaur yang pandai menyanyi

Apa agaknya yang sedang Hanis cuba lakukan??..

Tengok apa tu Hanis??.. Faham ke??..

Izhan & Hanis sedang asyik melihat sesuatu di skrin
Papa sedang mengajar Izhan cara mengendali kapal korek
Izhan sedang memberi tunjuk ajar kepada Hanis bagaimana  nak mengendali sebuah kapal korek

Percubaan masa untuk menjadi pelumba F1

Agaknya kemana pulak kami sekeluarga semasa cuti sekolah yang akan datang ye??.. hmmmm... let me think first.. later I'll update to all of you!.. (^_^)

Tuesday 5 March 2013

Kisah : Aku Masak-masak Part 2

Assalamualaikum WBT 
Salam Sejahtera 

Untuk kawan-kawan pembaca blog ni, Terima Kasih sekali lagi kerana sudi mengikuti kisah hidup aku, dia & kamu.. Hari ini aku nak kongsi resepi Ikan Salmon Grill Bersama Salad & Sos Lada Hitam.. Actually inilah kali pertama dalam hidup aku masak ikan salmon.. En Hubby yang beli ikan ni..(thank you!) kalau nak di ikutkan aku memang tak pernah ada rasa & keinginan nak membeli Ikan Salmon sebab tak tau cara nak masak.. so, semalam aku pun mengGooglekan diri.. kebanyakkan resepi ikan salmon yang aku jumpa sama ada di Grill, di Panggang atau di Steam.. tapi ada jugak yang masak merah, masak lemak cili padi & asam pedas.. Jadi setelah puas mengGoogle, aku pun pilih nak buat makanan ala-ala orang putih.. sebab lama jugak rasanya tak makan makanan western style nih..

Kat bawah aku sediakan resepinye.. selamat mencuba ye!..




Grill Salmon with simple salad & black pepper sauce
'
'
'
'
'

Resepi Ikan Salmon Grill

Bahan-bahan :

4 keping ikan salmon
Sedikit garam halus
Sedikit lada hitam yang di tumbuk
Butter @ marjerin 
Minyak zaitun @ minyak jagung @ minyak masak

Cara-cara :

1. Bersihkan ikan salmon, kemudian lumurkan dengan garam dan lada hitam di kedua-dua bahangian. Perap untuk 2-3 jam di dalam peti ais

2. Selepas 2-3 jam, grillkan ikan salmon di atas non-stick pan. Cairkan butter dan letakkan minyak zaitun, apabila cukup panas grill ikan salmon tadi. Jangan masak terlalu lama kerana ikan salmon akan menjadi keras dan kering, cukuplah 5-10 minit.. sentiasa terbalik-terbalikkan sepanjang proses menggrill..


Resepi Sos Lada Hitam

Bahan-bahan :

3 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1 sudu besar Lada hitam - ditumbuk 
4 sudu besar Sos cili
1 susu besar kicap lemak manis
100 ml air
1 sudu kecil Gula
½ sudu kecil Garam
Secubit Ajinomoto
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara-cara:
1.   Tumbuk bawang merah & bawang putih, tumiskan hingga naik bau wangi
2.   Masukkan Lada Hitam yang telah di tumbuk halus, kacau rata beberapa minit
3.   Masukkan sos cili, kicap lemak manis dan air.. kacau rata hingga mendidih
4.   Masukkan gula, garam & ajinomoto
5.   Sedia untuk di hidang


Resepi Salad Simple

Bahan-bahan:

Sebatang Carrot
Kacang Buncis
4-5 helai Salad
Sebiji Tomato
1/4 Bawang besar

Cara-cara:
1. Potong carrot kasar-kasar dan potong kacang buncis kepada 2 bahagian. kemudian kukus selama 10 minit.
2. Potong salad & tomato dan dadukan bawang besar kemudian campurkan ketiga-tiga bahan ini. Dan sedia untuk di hidang.



Selamat Mencuba!!..
(^_^)