Tuesday 5 March 2013

Kisah : Aku Masak-masak Part 2

Assalamualaikum WBT 
Salam Sejahtera 

Untuk kawan-kawan pembaca blog ni, Terima Kasih sekali lagi kerana sudi mengikuti kisah hidup aku, dia & kamu.. Hari ini aku nak kongsi resepi Ikan Salmon Grill Bersama Salad & Sos Lada Hitam.. Actually inilah kali pertama dalam hidup aku masak ikan salmon.. En Hubby yang beli ikan ni..(thank you!) kalau nak di ikutkan aku memang tak pernah ada rasa & keinginan nak membeli Ikan Salmon sebab tak tau cara nak masak.. so, semalam aku pun mengGooglekan diri.. kebanyakkan resepi ikan salmon yang aku jumpa sama ada di Grill, di Panggang atau di Steam.. tapi ada jugak yang masak merah, masak lemak cili padi & asam pedas.. Jadi setelah puas mengGoogle, aku pun pilih nak buat makanan ala-ala orang putih.. sebab lama jugak rasanya tak makan makanan western style nih..

Kat bawah aku sediakan resepinye.. selamat mencuba ye!..




Grill Salmon with simple salad & black pepper sauce
'
'
'
'
'

Resepi Ikan Salmon Grill

Bahan-bahan :

4 keping ikan salmon
Sedikit garam halus
Sedikit lada hitam yang di tumbuk
Butter @ marjerin 
Minyak zaitun @ minyak jagung @ minyak masak

Cara-cara :

1. Bersihkan ikan salmon, kemudian lumurkan dengan garam dan lada hitam di kedua-dua bahangian. Perap untuk 2-3 jam di dalam peti ais

2. Selepas 2-3 jam, grillkan ikan salmon di atas non-stick pan. Cairkan butter dan letakkan minyak zaitun, apabila cukup panas grill ikan salmon tadi. Jangan masak terlalu lama kerana ikan salmon akan menjadi keras dan kering, cukuplah 5-10 minit.. sentiasa terbalik-terbalikkan sepanjang proses menggrill..


Resepi Sos Lada Hitam

Bahan-bahan :

3 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1 sudu besar Lada hitam - ditumbuk 
4 sudu besar Sos cili
1 susu besar kicap lemak manis
100 ml air
1 sudu kecil Gula
½ sudu kecil Garam
Secubit Ajinomoto
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara-cara:
1.   Tumbuk bawang merah & bawang putih, tumiskan hingga naik bau wangi
2.   Masukkan Lada Hitam yang telah di tumbuk halus, kacau rata beberapa minit
3.   Masukkan sos cili, kicap lemak manis dan air.. kacau rata hingga mendidih
4.   Masukkan gula, garam & ajinomoto
5.   Sedia untuk di hidang


Resepi Salad Simple

Bahan-bahan:

Sebatang Carrot
Kacang Buncis
4-5 helai Salad
Sebiji Tomato
1/4 Bawang besar

Cara-cara:
1. Potong carrot kasar-kasar dan potong kacang buncis kepada 2 bahagian. kemudian kukus selama 10 minit.
2. Potong salad & tomato dan dadukan bawang besar kemudian campurkan ketiga-tiga bahan ini. Dan sedia untuk di hidang.



Selamat Mencuba!!..
(^_^)





No comments:

Post a Comment