Thursday 31 January 2013

Kisah : Hari Terakhir Aku di ISEC

Salam to all..
Today is my last day at ISEC.. secara officialnya aku bukan lagi pekerja di ISEC.. (-_-) Sedih....Lepas ni kalau datang ISEC kena register kat counter bawah baru blh naik Tingkat 8.. huhuuhuh... Semoga kenangan di ISEC akan sentiasa di ingatan.. Untuk pengetahun korang2 semua, kebanyakan Staff di ISEC adalah kawan2 aku semasa bekerja di THONEH dulu.. so memang tak de masalah sangat nak bekerja ngan diaorg.. walaupun aku staff baru di ISEC tp layanan mereka sama mcm di THONEH.. diaorg tak anggap pun aku ni junior staff kat ISEC.. memang enjoy sangat masa kerja kat ISEC.. seronok yang amat sangat.. sbb semasa di ISEC terasa amat2 di hargai & diaorg sentiasa give & take.. walaupun kadang2 kena marah dengan patient, aku tetap gembira dengan tugas aku sebagai Ophthalmic Asisstant.. Cuma jarak & masa menjadi penghalang untuk aku terus berada di ISEC.. (T_T) untuk teman2 di ISEC yang membaca.. korang adalah salah satu kenangan yang terindah sepanjang aku bergelar Ophthalmic Asisstant.. Thanks for the lovely memories!!.. Orang yang paling2 aku berterima kasih ialah Faizahna Damia sebab kalau tak kerana dia aku takkan dapat merasa bekerja di ISEC.. THANKS A LOT MY DEAR FRIEND!.. Faizahna Damia yang tolong aku dapat kan job ni.. tapi sayang aku hanya bertahan selama 3 bulan sahaja.. bukan sbb ISEC tak best @ aku tak suka bekerja di ISEC @ aku ada benci sesiapa kat ISEC.. bukan2.. tu semua tak betul.. mungkin jodoh aku & ISEC hanya untuk jangka waktu yang singkat.. tapi sape tau kalau2 di masa akan datang aku mungkin kembali ke ISEC.. InsyaAllah.. semuakan di tangan Tuhan.. aku hanya doakan yang terbaik untuk aku & keluarga.. pasti ada hikmah di sebalik semua ini kan?..

Monday 28 January 2013

Kisah : Aku Buat Breakfast





Salam semua.. Pagi ni aku buat sarapan Roti Sosej Cheese.. Actually, my son yang request semalam sebelum tidur.. so... Tada!!.. Roti Sosej Cheese with LOVE untuk Tuan Izhan..





Roti Sosej Cheese kegemaran Tuan Izhan.


Kepada sesiapa yang nak mencuba, blh ambik resepi kat bawah.. Selamat Mencuba ye!.. (^_^)

Roti Sosej Cheese

Sediakan :

Aku guna roti brand ini sebab ia lembut dan tak mudah koyak
Sosej yang di rebus
Roti bakar untuk buat bread crumb


Minyak untuk menggoreng
Beberapa keping cheese














Cara- cara :


Lenyekkan roti 


Potong cheese separuh dan letakkan sosej yang dah di rebus

Gulung kan..

Sampai jadi mcm ni..
kemudian sapu telur kuning dan golekkan pada bread crumb.. lepas tu goreng..
Inilah hasilnya..





Alhamdulillah.. 
Tuan Izhan yang kekenyangan.. 
(^_^)

Sunday 27 January 2013

Kisah : Aku Masak-masak Bersama Mak Part 2

Sempena cuti hujung minggu ni.. abang-abang, kakak ipar termasuk bibik diaorg datang jalan2 sambil makan2.. so aku & mak decide nak masak MIHUN SUP.. ringkas dan mudah.. tapi sebenarnye tak delah ringkas sangat.. banyak jugak kerja yg nak di buat.. memula kena bersihkan ayam, buang segala lemak & apa yang tak di ingini.. pastu bahagi kan kepada dua bahagian.. satu bahagian untuk buat sup, dan satu lagi untuk di goreng.. lepas tu sediakan bahan2 utuk tumisan iaitu bawang merah, bawang putih, dan halia.. tak lupa juga bawang besar untuk di jadikan bawang goreng.. Mak memang suka buat bawang goreng sendiri, kata mak.. yang beli kat kedai tu tak ori.. kemudian basuh sayur sawi & potong kasar untuk di celur.. Nasib baik masa tengah sibuk2 buat kerja kat dapur abang & kakak ipar aku pon sampai.. Alhamdulillah ada pembantu tambahan di dapur.. (^_^)  Bila semua bahan dah sedia.. kerja memasak pon bermula yang di ketuai oleh Chef Zubdiyah aka Mak.. Aku & Kak Sabreena cume buat kerja sampingan jer.. kiranya Mak lah watak utama dalam proses penghasilan Mihun Sup nih.. (^_^) Terima Kasih Chef Zubdiyah aka Mak!!..

Ajib, Amy & Kak Sabreena yang sedang menjamu selera..
Mihun sup Hasil Usaha Chef Zubdiyah  aka Mak

Bahan-bahan yang aku dan Kak Sabreena sediakan


Puding Kastard Berkismis

Tiba2 ada menu tambahan plak kat sini.. yang ni disediakan 100% oleh Mak.. aku cume buat Whipping Cream jer.. yang tu tak de gambar sebab tak sempat nak di ambil.. sorry.. walau bagaimanapun... desert ni memang AWESOME.. sedap di makan sejuk2 bersama whipping cream yang lemak dan berkrim tu.. mau naik 2kg aku hari nih... kena buat kerja rumah lepas ni supaya berpeluh skit.. (^_^)

Kisah : Aku Masak-masak Bersama Mak

Puding Kastard Buah Longan
Hari Khamis yang lepas, aku & mak buat Puding Kastard Buah Longan.. hmmmm.. boleh tahan jugak sedapnye.. sesuai untuk semua golongan, kanak2, org dewasa malah warga emas.. tapi kalau sesia pa yang ada Diabetes.. memanglah tak boleh makan.. sorry ye.. bahaya untuk kesihatan anda.. Jadi kepada yang nak mencuba boleh lah ambik resepi kat bawah ni.. Selamat Mencuba!


RESEPI PUDING KASTARD BUAH LONGAN

Bahan-bahan :

1 kek gulung ( Perisa ikut suka, kami guna perasa kopi)
1 kotak jeli plain (tiada perasa)
300gm tepung kastard
1 liter susu fresh/rendah lemak
3/4 cawan gula castor
100ml whipping cream
2 sudu besar gula icing
1 tin Buah Longan (Jangan buang airnya, guna untuk masak jeli)
Sedikit Buah Anggur (untuk hiasan)

Cara-cara:
Untuk jeli:
  1. Masak jeli mengikut arahan pada kotak.Gunakan air buah longan tadi. 
  2. Ketepikan.

Untuk kastard:
  1. Campurkan tepung kastard, susu dan gula castor. Kacau hingga sebati.
  2. Masak dengan api sederhana hingga pekat dan hendaklah sentiasa mengacau supaya tidak hangus.
  3. Biarkan sejuk sedikit.
  4. Pukul whipping cream dan gula icing hingga gebu dan pekat.
  5. Masukkan setengah dari adunan whipping cream ke dalam adunan kastard dan gaul dengan whisk hingga sebati.
  6. Setengah adunan whipping cream tadi disimpan di dalam peti ais sebagai hiasan di atas puding sebelum menghidang.

Cara menghidang :
  1. Potong dadu buah longan. 
  2. Susun kek gulung yang dah di potong ke dalam gelas atau bekas yg disukai. Mampatkan sikit.
  3. Masukkan adunan kastard.
  4. Masukkan ke dalam peti ais supaya bahagian atasnya mengeras sedikit.
  5. Kemudiaan keluarkan dan taburkan potongan buah longan
  6. Masukkan adunan jeli menutupi paras buah.
  7. Sejukkan seketika dalam peti ais kembali supaya jeli membeku.
  8. Bila nak menghidang, bolehlah diletakkan lebihan whipping cream yg dah dipukul tadi & hiaskan dengan buah anggur.

Terima Kasih! Sila Datang Lagi!

Saturday 26 January 2013

Kisah : Aku Menghitung Hari

A few more days to go.. Lepas 30th January 2013 aku tak lagi bergelar Ophthalmic Assistant.. Seperti yang aku dah bg tau sebelum ni.. Bukannya aku di pecat @ jawatan aku di rampas oleh sesiapa, untuk pengetahuan korang semua.. aku sangat2 meminati kerjaya aku sebagai Ophthalmic Assistant.. walaupun dah 10 tahun aku buat kerja ni aku tak pernah rasa kerja aku ni menyusahkan.. cuma ada segelintir pihak yang suka menyusahkan & menyakitkan hati.. Biasalah kat mana-mana tempat pun mesti ada orang yang tak puas hati @ jealous dengan kita.. dah lumrah manusia, pantang tengok org senang mulalah nak kacau daun.. Namun begitu, aku dah tekad untuk mengubah hala tuju kerjaya aku, aku buat keputusan ini untuk kebaikan & kesejahteraan semua pihak.. Iaitu AKU-DIA-KAMU..

Kebaikan untuk AKU :
  1. Tak perlu susah hati dengan keadaan traffic yang amat sangat sesak di pagi hari sbb tmpat keje baru amat sangat dekat ngan umah.. (^_^)
  2. Tak perlu menempah maut untuk cilok-mencilok di highway NKVE, SPRINT & KERINCHI LINK
  3. Kerja separuh hari sahaja (8pg-1.30ptg) Seronok tak korang mendengarnya??..
  4. Dapat luang lebih banyak masa dengan anak2.. bolah lah ajar diaorg mengaji & buat kelas tambahan untuk diaorg..
  5. Boleh buat kerja2 yang menyeronokan di rumah seperti : belajar buat kek, belajar menjahit, menulis blog & mcm2 lagi..
  6. Boleh tidur awal sbb kerja rumah ( memasak, membasuh, mengemas, menggosok baju) dah di siapkan di sebelah petang..
  7. Bangun seawal 5pagi pon tak de masalah sbb malam dapat tidur awal..

Kebaikan untuk DIA (En Husband) :
  1. Tak perlu susah hati dengan keadaan traffic yang amat sangat sesak di pagi hari sbb tak perlu hantar aku ke tempat kerja yang mengambil masa setengah jam.. itu pun sbb naik Superbike.. kalau naik kereta ntah berapa lama baru sampai.. mau 2 jam kot... (^_^)
  2. Tak perlu menghabiskan masa di atas motor selama 1 jam untuk sampai ke tempat kerja yang cume mengambil masa 15minit untuk sampai kalau gerak dari rumah.. mana tak nye, kena hantar aku dulu.. Setia Alam->MidValley->Putra Height= 1jam Setia Alam->Putra Height = 15 minit
  3. Dapat jimat masa, tenaga, petrol & duit..
  4. Senang nak kemana-mana pada hari minggu sbb aku kerja 5 hari seminggu Isnin-Jumaat, Cuti sekolah pun aku cuti, jadi senang nak plan kalau nak pergi bercuti ke luar negara.. (ceh! poyo jer.. passport pon tak de.. ada hati nak gi bercuti ke luar negara..)
  5. Ada Sales Assistant untuk tolong memajukan perniagaan Kasut RedWing.. (^_^)

Kebaikan untuk KAMU (Pembaca Semua) :
  1. Dapat baca citer2 terkini tentang Aku, Dia & Kamu... heheheh.. kira oklah tu.. ye tak??..



Kenangan semasa muda remaja di THONEH
Clinic Asisstant di Pantai Bangsar
Kenangan terindah bersama kawan-kawan di ISEC















Terima Kasih! Sila Datang Lagi!

Kisah : Aku Sakit Belakang

Hari ni hari ketiga aku sakit belakang.. semalam jumpa doktor, katanye xde ape2 cuma masalah urat sikit.. lepas 4 hari oklah lah.. hmmmm.. harap2 apa yg doktor tu cakap betul lah.. memanglah hari ni rasa ok sikit, mungkin sbb pain killer yg doktor prescribe tu power itu yang lega sket tu.. kalau tak, tegak je pinggang ni nak bongkok sket pon tak boleh.. harap2 esok bertambah baik.. InsyaAllah.. Doakan yang baik2 aje untuk saya ye!.. (^_^)


Inilah ubat yang Doktor bagi semalam..

Kisah : Aku

Izhan, Mama & Hanis - gambar kenangan di Taman Botani, Melaka

Izyani Sanbaseri adalah nama yang di beri oleh mak & abah 30 tahun yg lalu.. aku senang di panggil Yan.. Lebih mudah & ringkas.. Sebenarnya ada kisah di sebalik nama panggilan tu.. Masa kecik2 dulu orng panggil aku Nani, kalau balik kampung semua orang kampung panggil aku NANI.. Sampai sekarang orang kampung & saudara-mara panggil aku NANI.. Kalau kawan-kawan sekolah baca statement ni mesti diaorang gelak... Kat sekolah kawan-kawan panggil aku YANI, tapi nak di jadikan cerita.. Pada suatu hari salah seorang dari rakan sekelas aku kata nama YANI tak sesuai dengan aku sebab perangai  aku agak kasar & sedikit tomboy .. maklumlah aku ni anak perempuan tunggal dalan keluarga.. aku banyak menghabiskan masa & bermain dengan abang aku, itu yang perangai kasar sket tu.. Jadi member aku tu kata nama YAN lebih sesuai dengan penampilan dan gaya aku.. Jadi, sejak dari hari itu nama panggilan aku ialah YAN.. Aku pun rasa nama tu lebih sesuai sebab nama tu menjadikan aku seorang yang lebih tabah... ceh! ye ye je aku ni.. So korang semua boleh panggil aku YAN.. (^_^)

Aku adalah seorang Ibu kepada 2 cahaya mata.. Mohamad Izhan Zuhairi & Hanis Nurizreena itulah nama cahaya mata yang amat aku kasihi.. walaupun kadang-kadang perangai diaorang ni menguji kesabaran, aku tetap beruasaha untuk menjadi ibu yang sempurna di mata mereka.. Aku bekerja sebagai Ophthalmic Assistant @ Nurse bahagian Mata, tapi jawatan itu aku pegang hingga hujung bulan ni sahaja.. bukan aku di pecat @ jawatan aku di rampas oleh sesiapa.. cuma aku melakukan sedikit perubahan dalam hidup ni.. dah hampir 10 tahun aku bertugas sebagai Ophthalmic Assistant,**kerja yang amat, sangat aku suka** tapi mulai bulan Februari aku akan bergelar Teacher Yan, bukan Nurse Yan lagi... Doakan supaya kerjaya baru ini dapat aku lakukan dengan jayanya.. (^_^)