Monday 4 March 2013

Kisah : Kami Jalan-jalan ke KLCC menaiki LRT!!


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera untuk semua yang sudi mengikuti blog ni..
Terima Kasih!!.. (^_^)

Hari ni aku nak kongsi pengalaman kami sekeluarga pergi ke KLCC menaiki Putra LRT.. Kebiasaannya kami ke KLCC menaiki kereta, tapi kali ni kitaorg menaiki LRT pulak.. Inilah first experience untuk Izhan & Hanis menaiki Putra LRT.. Sebelum ni Izhan pernah menaiki Public transport iaitu Komuter bersama Nenek ( Mak Bedah ) dan Pak Usu pergi ke Klang, tapi untuk Hanis inilah pengalaman pertama dalam hidupnya menaiki Public Transport.. Memang diaorg excited.. Actually aku pun agak excited jugak sebab dah lama tak naik Public Transport sejak berlesen kereta & motor.. Dulu masa zaman-zaman dating dgn my hubby ada jugak naik LRT ke KLCC.. maklumlah masa tu memasing belom ada kenderaan.. (^_^)


Papa sedang membeli tiket (sekarang tak pakai tiket, dah tukar kepada Token, baru tau semalam..)
untuk kami sekeluarga di Stesen LRT Taman Jaya berhampiran
Amcorp Mall dan A &W Petaling Jaya

Percubaan pertama Izhan membeli tiket @ token  LRT

Izhan sedang menunjukkan cara memasukkan duit kertas  ke dalam mesin Token..
Dah jadi pakar dah.. siap boleh mengajar Hanis..


Sedang menunggu Train LRT dengan penuh kesabaran..


Hanis duduk dengan nenek.. macam tak berapa gembira.. mungkin pening sikit kot.. (^_^)


Izhan di dalam train sambil menikmati pemandangan..


Yeay!.. dah sampai dah..


Pemandangan air pancut Taman KLCC.. cuaca agak panas so amik gambar dari jauh jer..


Menikmati pemandangan Taman KLCC...


Kepada rakan-rakan semua yang tak tau nak bawa anak pergi jalan ke mana.. boleh lah cuba bawak diaorg naik Public Transport such as LRT, Komuter or Monorel.. mungkin bagi kita biasa saja, tetapi bagi mereka ini adalah pengalaman terhebat dalam hidup mereka.. sbb kebanyakan anak2 zaman moden tak biasa menaiki kenderaan awam, tak macam kita dulu-dulu ye tak?.. apa kata sekali sekali beri mereka pengalaman baru.. tak delah asyik nak mengadap PS2, PSP, Ipad, & etc.. 

Selamat Mencuba ye kawan2..

1 comment:

  1. nk tnya.. naik lrt berhenti di stesen apenya..? ape nama stesen ke klcc

    ReplyDelete