Sunday 24 February 2013

Kisah : Aku Masak-masak Bersama Mak Part 3


Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pembaca blog My Story : Aku, Dia & Kamu... 
Terima Kasih sebab sudi mengikuti blog yang tak seberapa ni.. (^_^)

Kisah hari ini : Aku Masak-masak Bersama Mak Part 3
Venue : Rumahku Syurgaku, Setia Indah 12, Setia Alam, Shah Alam, Selangor.
Tarikh : 23hb Febuari 2013 ( Sabtu )
Masa : Pukul 11.30pagi - 1.30petang
Tajaan : Tuan Yazid & Kak Sabreena ~Thank You!! (^_^)

Hari ni aku nak kongsikan pulak masakan yang aku buat bersama Mak Bedah ( Mak akulah tu, itu nama glemer.. haahaha..) Kebiasaannya Mak Bedah lah yang jadi Ketua Chef kat dapur tu.. aku & Kak Sabreena cuma Kitchen Asisstant yang sedia berkhidmat.. hehehehe... Setakat kopek bawang, potong sayur, tumbuk bahan, kacau goreng bolehlah.. bahagian garam, gula, ajinomoto kena serahkan kat Ketua Chef Mak Bedah sebab Mak Bedah yang paling master kat dapur tu..  Banyak jugaklah yang kitaorg masak, antara menunya ialah : Chili Crab, Udang Masak Lemak Tempoyak bersama Petai, Sayur Campur, Ikan Gerut2 Bakar, & Tempe Goreng.. amacam mengancam tak bunyinye.. hehehehe.. hari ni aku kongsikan 2 masakan dulu ye, yang selebihnye akan aku update kemudian.. korang boleh lah amik resepi kat bawah ni.. 




Resepi Chili Crab

Bahan A
7 ekor ketam bunga (yang bewarna biru. ye..)
Sedikit air

Bahan B (di kisar)
cili kering (ikut suka, kalau nak pedas letak banyak kalau tak suka pedas letak sikit)
1 biji bawang besar 
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1inchi halia
Minyak untuk menumis

Bahan C (di ketuk)
1tangkai serai

Bahan D (secukup rasa)
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Ajinomoto
Garam
Gula

Cara- cara :

1. Rebus ketam (Bahan A) dengan sedikit air, sbb ketam akan mengeluarkan air semasa proses merebus

2. Panaskan minyak dan tumis bahan B & C hingga naik bau (wangi) Masukan bahan D. Masak hingga pecah minyak. Kemudian  masukan ketam yg telah di rebus tadi dan kacau rata.

**..kalau nak cepat masak, cili kering tadi boleh di rebus dulu sebelum di kisar.. so tak payah nak kacau lama sangat masa menumis cili tu.. dan tak takut tetiba sakit perut sebab makan cili kering yang mentah..**

Selamat Mencuba ye semua.. (^_^)



Resepi Ikan Gerut-gerut Bakar

Bahan A
Seekor ikan gerut-gerut bersaiz agak besar (untuk 5-6 orang makan)
Sedikit Kunyit & Garam

Bahan B (di tumbuk-guna lesung ye..)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
7 biji cili padi
Garam, Gula & Ajinomoto Secukup rasa
  • Aluminium Foil - untuk bungkus ikan
  • Pemanggang elektrik



Cara-cara :

1. Bersihkan ikan dan belah bahagian atas, lumurkan kunyit dan garam secukup rasa

2. Masukkan bahan yang telah di tumbuk ke bahagian yang telah di belah, kalau ada lebih boleh masukkan kat bahagian kepala & perut ikan.

3. Bungkuskan ikan dengan aluminium foil dan panggang ikan selama 20 minit  dan terbalikkan.. kemudian terbalikkan sekali lagi selepas 20 minit.. biarkan ikan di atas pemanggang seketika.. lebih kurang 15 - 20 minit kemudian ikan siap untuk di hidang..

Selamat Mencuba!!.. (^_^)










No comments:

Post a Comment