Tuesday 5 March 2013

Kisah : Aku Masak-masak Bersama Mak Part 4

Salam to all..

Hari ni nak kongsi resepi yang belom aku update hari tu.. maaf ye lambat sikit.. agak sibuk kebelakangan ini.. Kat bawah aku sediakan resepi nye yer.. Terima Kasih kerana sabar menunggu,, (^_^)



Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi Tempoyak Bersama Petai


Bahan-bahan:

  1. 500 gram Udang
  2. 3 ulas Bawang merah
  3. 3 ulas Bawang putih
  4. 10 biji Cili padi (Kalau nak pedas boleh tambah)
  5. 1 inci Halia
  6. 1 cawan air ( ikut kepekatan yang korang nak)
  7. 100ml Santan ( guna santan kotak jer)
  8. Serai (di ketuk)
  9. Serbuk kunyit
  10. Garam
  11. Gula
  12. Ajinomoto
  13. Tempoyak ( secukup rasa)
  14. Petai ( ikut banyak mana yang korang nak)
  15. Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara memasak :

  1. Bersihkan udang terlebih dahulu, kemudian tumbuk bahan 2 hingga 5. Tumiskan bahan yang di tumbuk dan serai yang di ketuk dengan sedikit minyak hingga naik bau wangi.
  2. Masukkan air dan didihkan, kemudian masukkan Udang. Masak sebentar kemudian masukkan Santan dan Tempoyak.
  3. Bila sudah mendidih masukkan serbuk kunyit, garam, gula & ajinomoto secukup rasa.. akhir sekali masukkan petai. Siap untuk di hidang.

Resepi Tempe Goreng Berlada

Bahan-bahan :
  1. Sepeket Tempe  (di potong nipis & di goreng)
  2. Ikan bilis kopek (di goreng)
  3. 3 ulas Bawang merah
  4. 3 ulas Bawang putih
  5. 1 biji Bawang besar ( di hiris kasar)
  6. 5 biji Cili padi (Kalau nak pedas boleh tambah)
  7. Garam
  8. Gula
  9. Ajinomoto
  10. minyak masak untuk menggoreng & menumis

Cara memasak :
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih & cili padi dan tumiskan sehingga naik bau wangi
  2. Masukkan bawang besar yang telah di hiris, masak hingga bawang besar agak layu
  3. Kemudian masukkan tempe & ikan bilis yang telah di goreng. Gaul rata.
  4. Selepas itu masukkan garam, gula & ajinomoto secukup rasa. Siap untuk di hidang.

Selamat Mencuba!!
(^_^)

No comments:

Post a Comment