Thursday 14 February 2013

Kisah : Aku Buat Breakfast Part3

Salam untuk semua!..

Nak kongsi satu lagi resepi yang sesuai untuk di makan waktu sarapan..



Resepi : Pancakes Kegemaranku  

Bahan-bahan  :
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil garam 
  • 2 sudu besar gula 
  • 2 cawan susu segar kalau nak tukar kepada susu cair pon bleh juga tapi guna secawan jer.. yang secawan lagi tu gantikan kepada air, air paip jer jgn guna air panas pulak..(masukkan sedikit demi sedikit sampai habis) 
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu teh esen vanilla 
  • 4 sudu besar minyak jagung ( boleh guna minyak zaitun/minyak bunga matahari/minyak masak/ butter yang di cairkan)

Cara membuatnya :
  1. Masukkan tepung, minyak jagung, gula, garam dan telur dan susu ke dalam sebuah bekas. Gaulkan sehingga sebati. Tidak perlu guna ‘mixer’, cuma guna senduk. 
  2. Masukkan esen vanilla. Gaulkan lagi. 
  3. Panaskan kuali jenis leper (Frying pan- size yang kecil) dalam 2-3 minit tetapi TIDAK PERLU letak minyak langsung. 
  4. Gunakan senduk untuk tuangkan adunan kedalam frying pan. (Jangan tuang semua, satu senduk cukup kalau senduk tu kecil letak 2 senduklah.. ikut sesuka hati anda ye!..) dan buat bentuk bulat kalau tak de Frying pan yang bersaiz kecil. Saiz bulatan bolehlah mengikut kesukaan anda. Setelah beberapa minit terbalikkan pancakes dan tunggu beberapa minit lg sebelum angkat.. Hingga menjadi warna coklat di kedua-dua bahagian..
  5. Ulang cara 4 untuk membuat pancakes lain sampailah adunan habis. Pancakes sangat sedap sekiranya disapu dengan maple syrup (agak mahal harganya, so I choose Madu / Honey) dan butter (guna butter yg dalam packaging kecik-kecik tu.. lagi sedap!)

Selamat Mencuba ye kawan-kawan.. Rasa sekali pasti nak lagi untuk mereka yang suka makan Pancakes lah.. kalau orang yang tak gemar pancakes boleh cuba buat lempeng.. lain kali saya bagi resepi lempeng plak ye.. tuuuunnnngggggggguuuuuu!!!!...... (^_^)

No comments:

Post a Comment