Saturday 26 January 2013

Kisah : Aku Menghitung Hari

A few more days to go.. Lepas 30th January 2013 aku tak lagi bergelar Ophthalmic Assistant.. Seperti yang aku dah bg tau sebelum ni.. Bukannya aku di pecat @ jawatan aku di rampas oleh sesiapa, untuk pengetahuan korang semua.. aku sangat2 meminati kerjaya aku sebagai Ophthalmic Assistant.. walaupun dah 10 tahun aku buat kerja ni aku tak pernah rasa kerja aku ni menyusahkan.. cuma ada segelintir pihak yang suka menyusahkan & menyakitkan hati.. Biasalah kat mana-mana tempat pun mesti ada orang yang tak puas hati @ jealous dengan kita.. dah lumrah manusia, pantang tengok org senang mulalah nak kacau daun.. Namun begitu, aku dah tekad untuk mengubah hala tuju kerjaya aku, aku buat keputusan ini untuk kebaikan & kesejahteraan semua pihak.. Iaitu AKU-DIA-KAMU..

Kebaikan untuk AKU :
  1. Tak perlu susah hati dengan keadaan traffic yang amat sangat sesak di pagi hari sbb tmpat keje baru amat sangat dekat ngan umah.. (^_^)
  2. Tak perlu menempah maut untuk cilok-mencilok di highway NKVE, SPRINT & KERINCHI LINK
  3. Kerja separuh hari sahaja (8pg-1.30ptg) Seronok tak korang mendengarnya??..
  4. Dapat luang lebih banyak masa dengan anak2.. bolah lah ajar diaorg mengaji & buat kelas tambahan untuk diaorg..
  5. Boleh buat kerja2 yang menyeronokan di rumah seperti : belajar buat kek, belajar menjahit, menulis blog & mcm2 lagi..
  6. Boleh tidur awal sbb kerja rumah ( memasak, membasuh, mengemas, menggosok baju) dah di siapkan di sebelah petang..
  7. Bangun seawal 5pagi pon tak de masalah sbb malam dapat tidur awal..

Kebaikan untuk DIA (En Husband) :
  1. Tak perlu susah hati dengan keadaan traffic yang amat sangat sesak di pagi hari sbb tak perlu hantar aku ke tempat kerja yang mengambil masa setengah jam.. itu pun sbb naik Superbike.. kalau naik kereta ntah berapa lama baru sampai.. mau 2 jam kot... (^_^)
  2. Tak perlu menghabiskan masa di atas motor selama 1 jam untuk sampai ke tempat kerja yang cume mengambil masa 15minit untuk sampai kalau gerak dari rumah.. mana tak nye, kena hantar aku dulu.. Setia Alam->MidValley->Putra Height= 1jam Setia Alam->Putra Height = 15 minit
  3. Dapat jimat masa, tenaga, petrol & duit..
  4. Senang nak kemana-mana pada hari minggu sbb aku kerja 5 hari seminggu Isnin-Jumaat, Cuti sekolah pun aku cuti, jadi senang nak plan kalau nak pergi bercuti ke luar negara.. (ceh! poyo jer.. passport pon tak de.. ada hati nak gi bercuti ke luar negara..)
  5. Ada Sales Assistant untuk tolong memajukan perniagaan Kasut RedWing.. (^_^)

Kebaikan untuk KAMU (Pembaca Semua) :
  1. Dapat baca citer2 terkini tentang Aku, Dia & Kamu... heheheh.. kira oklah tu.. ye tak??..



Kenangan semasa muda remaja di THONEH
Clinic Asisstant di Pantai Bangsar
Kenangan terindah bersama kawan-kawan di ISEC















Terima Kasih! Sila Datang Lagi!

2 comments: