Assalamualaikum WBT
&
Salam Sejahtera
Untuk kawan-kawan pembaca blog ni, Terima Kasih sekali lagi kerana sudi
mengikuti kisah hidup aku, dia & kamu.. Hari ini aku nak kongsi resepi Ikan
Salmon Grill Bersama Salad & Sos Lada Hitam.. Actually inilah kali pertama dalam hidup aku masak ikan salmon.. En Hubby yang beli ikan ni..(thank you!) kalau nak di
ikutkan aku memang tak pernah ada rasa & keinginan nak membeli Ikan Salmon
sebab tak tau cara nak masak.. so, semalam aku pun mengGooglekan diri..
kebanyakkan resepi ikan salmon yang aku jumpa sama ada di Grill, di Panggang
atau di Steam.. tapi ada jugak yang masak merah, masak lemak cili padi &
asam pedas.. Jadi setelah puas mengGoogle, aku pun pilih nak buat makanan
ala-ala orang putih.. sebab lama jugak rasanya tak makan makanan western style nih..
Kat bawah aku sediakan resepinye..
selamat mencuba ye!..
'
'
'
'
'
Grill Salmon with simple salad & black pepper sauce |
'
'
'
'
Resepi Ikan Salmon Grill
Bahan-bahan :
4 keping ikan salmon
Sedikit garam halus
Sedikit lada hitam yang di tumbuk
Butter @ marjerin
Minyak zaitun @ minyak jagung @ minyak masak
Cara-cara :
1. Bersihkan ikan salmon, kemudian lumurkan dengan garam dan lada hitam di kedua-dua bahangian. Perap untuk 2-3 jam di dalam peti ais
2. Selepas 2-3 jam, grillkan ikan salmon di atas non-stick pan. Cairkan butter dan letakkan minyak zaitun, apabila cukup panas grill ikan salmon tadi. Jangan masak terlalu lama kerana ikan salmon akan menjadi keras dan kering, cukuplah 5-10 minit.. sentiasa terbalik-terbalikkan sepanjang proses menggrill..
Resepi Sos Lada Hitam
Bahan-bahan :
3 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1 sudu besar Lada hitam - ditumbuk
4 sudu besar Sos cili
1 susu besar kicap lemak manis
100 ml air
1 sudu kecil Gula
½ sudu kecil Garam
Secubit Ajinomoto
Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
1.
Tumbuk bawang merah & bawang putih,
tumiskan hingga naik bau wangi
2.
Masukkan Lada Hitam yang telah di tumbuk
halus, kacau rata beberapa minit
3.
Masukkan sos cili, kicap lemak manis dan
air.. kacau rata hingga mendidih
4.
Masukkan gula, garam & ajinomoto
5.
Sedia untuk di hidang
Resepi Salad Simple
Bahan-bahan:
Sebatang Carrot
Kacang Buncis
4-5 helai Salad
Sebiji Tomato
1/4 Bawang besar
Cara-cara:
1. Potong carrot kasar-kasar dan potong kacang buncis kepada 2 bahagian. kemudian kukus selama 10 minit.
2. Potong salad & tomato dan dadukan bawang besar kemudian campurkan ketiga-tiga bahan ini. Dan sedia untuk di hidang.
Selamat Mencuba!!..
(^_^)
Selamat Mencuba!!..
(^_^)
No comments:
Post a Comment