~Assalamualaikum dan Salam Sejahtera~
Terima kasih sebab sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog ni.. (^_^)
Biskut Coklat Cip Berbadam Ikhlas Dari Hati
(Panjang betul nama resepi nih.. korang boleh ingat ke???...)
Bahan-bahan yang di perlukan :
250g mentega/butter -Aku guna brand Buttercup (^_^) , tak mahal sgt & tak murah sgt.. Pastikan butter ni lembut ye.. nanti susah nak putarkan kalau tak lembut..
110g gula perang -yang ni aku guna timbang, so tak tau nak bg anggaran.. sorry!..
150g gula halus -yang ni pun aku guna timbang..
1 sudu teh / tea spoon esen vanila - aku letak lebih kurang satu penutup
2 biji telur - pastikan suhu bilik, bukan dr peti ais ye..
280g tepung naik sendiri - aku guna brand Blue Key.. yang ni pun aku guna timbang..
3/4 cwn serbuk koko
1/2 sudu teh / tea spoon garam
1/2 cwn coklat cip
1/2 cwn almond nip (boleh juga tukarkan dengan kekacang lain)
Cara-caranya :
1) Panaskan oven anda.. Suhu : 160 c
2) Dalam mangkuk, satukan mentega, gula perang dan gula halus. Pukul 3 bahan ni (guna mixer ye.. kalau guna tangan mau bengkak tangan tu nanti.. hehehehhe...) hingga jadi putih - kembang & sebati.
3) Pecahkan telur dan masukkan dlm adunan sebiji demi sebiji, pukul sebentar kemudian tambahkan esen vanilla. Pukul lagi hingga betul2 sebati.
4) Dalam satu mangkuk yang lain, campurkan bahan2 kering - tepung, serbuk koko, badam, garam, coklat cip dan almond nip. Pastikan di gaul rata dan masukkan dalam adunan yg dipukul tadi sedikit demi sedikit.. (kenapa sikit2???.. sbb nak elakkan semua bahan ni berterbangan ke merata tempat.. nanti korang jugak yang penat nak mengelap satu dapur..) (^_^)
5) Alas loyang dengan kertas minyak (kalau tak de guna aluminium foil pon ok jugak..) Sudukan adunan atas loyang & penyekkan sikit supaya biskut lebih nipis & rangup.. Jangan letak meninggi kerana bahagian tengah biskut takkan masak dengan sempurna ok!.. Jarakkan antara adunan sebab biskut akan mengembang semasa proses membakar.
6) Bakar 15 - 20 minit hingga perang atau hingga masak.
7) Selepas biskut masak, jangan terus simpan dalam bekas.. sejukkan dulu ye.. sambil2 tu bolehlah mengunyah satu @ dua.. nak lebih pon tak pe.. sbb boleh dapat banyak biskut dalam satu adunan ni.. (^_^)
Selamat Mencuba ye kawan2..
Kepada sesiapa yang tak berkesempatan nak buat atau terlalu sibuk ngan
urusan kerja & rumah tangga tapi teringin nak rasa biskut nih..
jangan risau, saya boleh tolong buatkan..
(^_^).. Kalau nak order bgtau saya ye!!..
No comments:
Post a Comment