Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hari Isnin, 27hb Mei , Kami sekeluarga pergi menghantar Pak Usu @ Faris ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.. sungguh mencabar perjalanan kami.. Kami bertolak pada hari Ahad sebab takut terlewat untuk pendaftran pada hari hari Isnin pagi, so tidurlah satu malam di Hotel Sri Senawang. ( Budjet hotel jer..) Jalan agak jammed sebab cuti sekolah agaknya.. ada yang pergi bercuti dan ada yang nak pulang ke rumah selepas menghantar anak ke kampung..
Kami sampai agak awal, so En. Husband ajak ke Wet World, ada kolam air panas katanya.. ok jugaklah tempat tu, tiket & souvenir memang murah.. berbalo-baloi bak kata orang.. anak2 memang seronok.. diaorg tak kisah, asal ada tempat berendam dah cukup hebat bg mereka.. (^_^)
Pada hari Isnin, kami bertolak tepat jam 8pagi dengan harapan dapat sampai ke destinasi sebelum masa pendaftaran.. OMG.. jalan jammed teruk!!.. sepatutnya hanya ambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai, tapi kami lewat 1 jam dari yang sepatutnya.. kami hanya boleh drop by saja sebab dah tak de parking kat area Kolej Matrikulasi.. Ingat nak bawak anak jalan2 tengok kawasan Kolej, tapi HAMPA!.. jadi En. Husband dgn bangganya mengajak kami jalan2 ke Muzium Istana Sri Menanti.. Terubatlah hati kami yang luka ni!.. Itulah untungnya dapat husband yang bijak & bistari.. sentiasa ada backup plan! (^_^)
Dalam jam 5 petang kami berangkat pulang ke Setia Alam, Shah Alam.. Semasa perjalan pulang kami singgah membeli Itik Salai yang terkenal di Negeri Sembilan.. ( Sedap sangat! Mak masak Lemak Cili Api, memang terangkat!..) Begitulah kisah perjalanan kami ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.. Ada yang menyeronokkan & ada jugak yang menghampakan.. tapi tak pe, lain kali pergi sana beli Itik Salai lagi.. pengubat hati yang luka!.. (^_^)